Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAWarga Asing Berniaga Tanpa Kebenaran Digempur DBKL

Warga Asing Berniaga Tanpa Kebenaran Digempur DBKL

DBKL terus mengempur dan mengambil tindakan ke atas warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di sekitar Kuala Lumpur semalam.


1. Tindakan ke atas pengendali Kedai Jahit
(HQ Indah Enterprise) di Jalan 27/56, Setiawangsa.

Pemantauan DBKL mendapati premis dijalankan oleh 2 orang bukan warga negara (Warga Bangladesh). Seorang daripada pekerja sempat melarikan diri. Pekerja juga gagal mengemukakan apa-apa maklumat perniagaan.

Premis tersebut telah diambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sitaan di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

2. Tindakan ke atas penjaja air balang di hadapan flat Sri Penara, Gate 2, Jalan Permaisuri 1, Cheras. Pengendali merupakan warga asing(Indonesia).


3. Tindakan ke atas penjaja nasi campur di hadapan Flat Sri Penara, Gate 2, Jalan Permaisuri 1, Cheras. Pengendali merupakan warga asing(Indonesia)

Tindakan sita dan notis kepada kedua-dua pengendali tersebut telah dilaksanajan.


4. Tindakan ke atas pengendali Kedai Gunting Rambut FARUK GLOBAL S/B di Lot 31, Jalan Midah Timur, Taman Midah, Cheras. Premis dimiliki dan dikendalikan oleh warga asing. Premis telah ditutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Sek. 191(1)(v).

Jika anda mendapati premis perniagaan dijalankan oleh warga asing, sila laporkan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran anda.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular