[VIDEO] PRU15 Dijangka Akan Diadakan Secara Mengejut Pada September Ini

0
971

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menjangkakan pilihan raya mengejut akan berlaku pada September ini, kata Presidennya Datuk Dr Dominic Lau.

Jelas beliau jangkaan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan semasa politik yang disifatkannya sebagai genting sejak kebelakangan ini.

“Kita sudah membuat keputusan bahawa situasi politik di negara kita semakin genting dan bacaan (ramalan) pemimpin Gerakan bahawa tidak lama lagi negara kita menghadapi PRU kilat (mengejut) tahun ini. Kemungkinan besar diadakan PRU Kilat bulan sembilan,” katanya dalam sidang media di Menara PGRM hari ini.

Beliau terdahulu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan yang membincangkan perkembangan politik dalam negara.

Menurut Dominic, Gerakan membuat keputusan untuk bersiap sedia lebih awal dengan menggerakkan semua ‘Jentera Pilihan Raya Umum Kilat’ bermula hari ini.

“Arahan telah diberikan kepada semua Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan untuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum kilat (mengejut) yang akan berlaku tahun ini,” katanya.

Meskipun situasi politik dilihatnya hangat namun Dominic sekali lagi menegaskan bahawa Gerakan menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. –MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here