Saturday, October 23, 2021
POLITIK"Nama Saya Bukan Anwar, Mahathir Mahupun Kit Siang dan UMNO Bukan Parti...

“Nama Saya Bukan Anwar, Mahathir Mahupun Kit Siang dan UMNO Bukan Parti Milik Keluarga Sesiapa.” Sindir Najib

Ya, Nizar sebagai ketua pemuda UMNO Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan untuk menjadi calon PRK Chini.

Ramai dalam bahagian UMNO Pekan dan rakan-rakan BN juga menyokong Nizar dicalonkan.

Namun pendirian saya ialah, ada lagi pemimpin UMNO di sini yang setara atau lebih sesuai dari Nizar untuk menjadi calon PRK DUN Chini.

Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi ADUN di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya.

Saya juga telah berbincang pendirian saya dengan Nizar dan dia bersetuju malah dia juga teguh dengan kesungguhan untuk membantu calon dipilih! Berkobar-kobar Nizar!

Terima kasih Nizar di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin.

Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa.

Lebih molek jika kita beri peluang pada pemimpin UMNO lain di sana yang lebih sesuai.

Sebab itu, pilihan kita ialah Mohd Sharim Md Zain, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan.

Seorang anak tempatan dan anak peneroka FELDA Chini 3 yang sudah lama berkhidmat di sana dan pernah menjawat sebagai Pegawai kpd Arwah YB DS Abu Bakar Harun ADUN Chini.

Dia pernah menjawat sebagai Pegawai Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia, Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan dan Naib Presiden Majlis Belia Pahang.

Kita amat yakin dengan kebolehan saudara saudaa Mohd Sharim dan yakin dia akan berkhidmat dengan baik jika dipilih sebagai ADUN Chini.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara Sharim.

Kepada penduduk Chini, saya dengan ikhlas meminta saudara-saudari.

Undilah Mohd Sharim Md Zain.

Undilah Barisan Nasional.

*Artikel dipetik secara langsung dari Facebook Najib Razak.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular