Saturday, October 23, 2021
POLITIKAzmin Bayangkan Peristiwa Berebut Jawatan PM Akan Berulang Jika PH Dibenar Kembali...

Azmin Bayangkan Peristiwa Berebut Jawatan PM Akan Berulang Jika PH Dibenar Kembali Berkuasa

Isu perebutan jawatan Perdana Menteri yang menjadi punca keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dijangka berulang kembali sekiranya pakatan pembangkang itu kembali mengambil alih kerajaan.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat sekali lagi akan berdepan kemelut pergolakan politik tidak berkesudahan di antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikaikan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, isu perbalahan politik sehingga membawa ke jalan raya antara Dr Mahathir dan Anwar sebenarnya sudah berlaku sejak tahun 1997 lagi dan berterusan sehingga hari ini.

“Kita dapat lihat PH dalam isu menentukan siapa calon PM pun masih tidak selesai sehingga kini.

“Dalam tempoh tiga bulan sebelum ini, tiada orang yang tanya siapa bakal Perdana Menteri sewaktu kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir.

“Kalau PH masuk balik, isu (perebutan jawatan Perdana Menteri) akan timbul balik, cukup-cukuplah rakyat hendak hadap kerenah dua orang politik ini,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan (Ekonomi) merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut percaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai ketelusan dan keikhlasan untuk memulihkan kerosakan diakibatkan kerajaan PH sebelum ini.

Ditanya mengenai tindakan beberapa pemimpin PKR keluar parti itu sejak kebelakangan ini, Mohamed Azmin menegaskan parti itu perlu bertanggungjawab di atas senario itu dengan ‘seseorang’ dalam parti itu kini perlu bermuhasabah diri masing-masing.

Menurutnya, anggota PKR kini sudah muak dengan politik melampau dimainkan pemimpin parti itu sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular