[VIDEO] Anwar Sedia Siasat Skandal Forex Yang Dikaitkan Dengan Mahathir

0
882

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong supaya siasatan menyeluruh dan telus dilakukan susulan kerugian daripada dagangan tukaran wang asing (forex).

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, siasatan perlu menjurus bagi mengenal pasti unsur salah guna kuasa dan dana negara bagi kepentingan diri serta keluarga.

“Saya tiada masalah untuk membuat siasatan kerana dagangan forex dijalankan sebelum saya menjadi Menteri Kewangan. Itu kena ingat, untuk rekod sejak 1990 sudah ada dagangan forex.

“Ini (siasatan) tidak hanya terbatas kepada forex, tetapi dalam semua hal sama ada pembalakan, salah guna saham, pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya telah suarakan untuk meneruskan siasatan forex sejak 10 hingga 20 tahun lalu,” katanya yang juga Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson menerusi siaran langsung di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, negara dilapor kerugian RM31.5 bilion dalam tempoh 1992 hingga 1994 susulan dagangan forex sehingga dikatakan menghalang peluang ekonomi negara berkembang lebih pesat.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990 mendedahkan kerugian itu juga menjejaskan keupayaan BNM memenuhi peranannya sebagai bank pusat.

Siasatan suruhanjaya yang diberi tempoh tiga bulan bermula 15 Julai 2017, mendapati BNM menanggung kerugian pada tahun 1992, 1993 dan 1994 disebabkan dagangan forex pada 1990-an.

Kesimpulan dicapai melalui keterangan saksi dan dokumen disemak suruhanjaya antaranya, tidak ragu-ragu mengenai ketepatan laporan siasatan dalaman BNM bertajuk ‘Accounting Treatment of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1994’, yang menyatakan dengan jelas kerugian bernilai RM31.5 bilion ditanggung akibat dagangan forex.

Anwar berkata, pendirian menyokong siasatan ke atas dagangan forex itu bukan baharu dibangkitkan beliau, mahu pun menyokong gesaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Semasa saya Ketua Pembangkang dan berucap di Parlimen (Dewan Rakyat), (bekas) Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib bangkitkan soal FOREX. Tiada pun kajian atau arahan untuk meneliti masalah ini yang menyebabkan kerugian besar.

“Ini menyebabkan perdebatan hangat berlaku di Parlimen pada ketika itu dan saya ulas berdasarkan hansard pada 1993. Ini saya jawab persoalan kononnya ‘apabila forex mereka cakap cuba singgung Anwar’,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here