Wednesday, October 20, 2021
POLITIKPRK Chini : Bersatu Tidak Tanding, Umum Sokong Calon Barisan Nasional

PRK Chini : Bersatu Tidak Tanding, Umum Sokong Calon Barisan Nasional

Bersatu hari ini mengumumkan secara rasmi tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang pada 4 Julai depan.

Memetik laporan portal Malaysiakini Parti itu juga turut mengisytiharkan sokongan kepada sekutu barunya BN, selain berjanji akan mengerakkan seluruh jenteranya untuk membantu parti itu.

“Keputusan ini dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh BN bagi mewakili Perikatan Nasional.

“Seluruh jentera Bersatu juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil Perikatan Nasional,” kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.

Selain Umno, setakat ini belum ada pihak yang menyatakan kesediaan bertanding di kawasan majoriti Melayu itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang dengan majoriti besar 21,251 undi mengalahkan calon PAS (5,405 undi) dan PKR (1,065 undi).

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular