Wednesday, October 20, 2021
NASIONALSarawak Report Mulakan Fitnah Pertama Selepas Didakwa Terima Dana Untuk Jatuhkan Muhyiddin

Sarawak Report Mulakan Fitnah Pertama Selepas Didakwa Terima Dana Untuk Jatuhkan Muhyiddin

Portal Sarawak Report melakukan pembohongan dan berniat jahat apabila melaporkan Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin di rumah apabila ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser.

Susulan laporan tersebut, penulis dan portal berkenaan perlu bertanggungjawab atas tuduhan berkenaan dengan mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat yang dinaiki, hospital di Singapura dan doktor seperti yang didakwa.

Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan berniat jahat untuk memburuk-burukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

TONTON VIDEO INI UNTUK MENGETAHUI SIAPA YANG MEMBERIKAN DANA KEPADA SARAWAK REPORT;

Menerusi kenyataan itu, PMO berkata, beberapa pakar perubatan telah pun mengesahkan bahawa Perdana Menteri telah bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugasnya.

Lampiran tentang tahap kesihatan Muhyiddin daripada dua perunding hospital turut dilampirkan.


PMO berkata, Perdana Menteri sentiasa patuh arahan tidak keluar rumah semasa perintah kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Muhyiddin diminta menjalani kuarantin selepas seorang pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikannya disahkan positif Covid-19.

“Semasa menjalani tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah.

“Semua tugas rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan,” kata kenyataan tersebut.

Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis.

”Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” tegas kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular