Thursday, October 21, 2021
POLITIKMahathir 'Rayu' Kepada Anwar Untuk Jawatan PM Ke-9

Mahathir ‘Rayu’ Kepada Anwar Untuk Jawatan PM Ke-9

Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Zahid Mat Arip, meluahkan rasa terkejut apabila bekas perdana menteri ketujuh itu sanggup “merayu jawatan” kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dalam situasi pembangkangbelum pasti memiliki angka mencukupi untuk merampas kerajaan, tindakan pengerusi Bersatu yang jawatannya dipertikaikan itu adalah di luar jangkaan.

“Saya sangat terkejut apabila Mahathir sanggup pergi ke pejabat PKR, sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri dalam keadaan nombor (jumlah anggota Parlimen) tak tentu ada atau tidak… itu sangat memeranjatkan saya.

“Seperti juga kepada Muhyiddin Yassin, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Mahathir,” katanya dalam sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara di parlimen hari ini.

Zahid antara lima individu yang mengangkat sumpah menjadi senator. Empat lagi yang lain ialah Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim, bekas menteri Umno, Radzi Sheikh Ahmad; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam.

Untuk rekod Zahid adalah antara pemidato lantang untuk PKR sewaktu peringkat awal gerakan Reformasi akhir 1990-an dulu. Bagaimanapun beliau kemudian beralih arah dan pernah mengetuai gerakan dikenali sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).

Zahid dikenali sebagai mursyidul am Tibai.

Zahid Mat Arip

Sebelum ini Zahid menjadi perhatian ramai apabila ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah Isa Samad.

Tak mudah bercakap tentang Mahathir

Semasa Isa menjadi pengerusi Felda, Zahid merupakan pegawai khas bekas menteri besar Negeri Sembilan berkenaan.

Dalam perkembangan terkini politik negara Zahid adalah individu yang didakwa menjadi dalang kepada usaha membawa keluar Bersatu pimpinan Muhyiddin meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Orang kuat Mahathir itu dikatakan antara yang bersungguh-sungguh mahu membawa Bersatu keluar PH bagi memastikan presiden PKR tidak menjadi perdana menteri.

Malah Mahathir mendakwa Zahid pernah menepuk meja di depannya apabila beliau (Mahathir) enggan mengikut kehendek mereka meninggalkan PH.

Bersatu kini membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS serta parti dari Sabah.

Zahid berkata, bukan senang untuknya memperkatakan tentang Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu memandangkan mereka mempunyai hubung baik sejak sekian lama.

Dalam pada itu Zahid menyeru kepada semua anggota Bersatu supaya memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin yang juga perdana menteri.

“Saya mengambil kesempatan ini, menyeru kepada semua kawan-kawan saya yang berada dalam Bersatu, marilah kita bersatu memberikan sokongan padu kepada perdana menteri.

“Bukan orang lain presiden parti kita, mari kita bersatu semula, mudah-mudahan dengan bersatu itu kita menjadi kuat. Bersatu kita teguh becerai kita roboh,” katanya.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular