Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASACucu Saudara Mahathir Letak Jawatan CEO PNB, Status Kelayakan Akademik Jadi Persoalan

Cucu Saudara Mahathir Letak Jawatan CEO PNB, Status Kelayakan Akademik Jadi Persoalan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed dipercayai telah meletak jawatan dengan surat memaklumkan peletakan jawatannya diserahkan kepada Lembaga Pengarah PNB, hari ini.

Tindakan tersebut diambil, berikutan kontroversi kelayakan akademiknya yang dipersoalkan yang melayakkan beliau untuk mengambil alih posisi pertama institusi pelaburan terbesar di negara ini.

Melihat kepada butiran profail PNB, Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari Londin School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Bagaimanapun Jalil disahkan mengikuti pengajian berkenaan sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

Sijil tersebut juga menyatakan bahawa UoL adalah sekutu dengan London School of Economics and Political Science (LSE).

Ijazah berkenaan diperolehi Jalil sebagai sahaja menamatkan pengajian peringkat Diploma Ekonomi di universiti yang sama pada 1 Ogos 2001.

Malah, profail akademik dalam biografinya di Invesco turut menyatakan beliau mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Kewangan, LSE.

Maklumat di laman web LSE juga menyatakan sekolah tersebut menyediakan hala tuju peringkat ijazah dan diploma bagi kursus-kursus ekonomi, pengurusan kewangan dan sains sosial bagi penuntut-penuntutnya.

Bagaimanapun, penuntut-penuntut yang mendaftarkan diri untuk program tersebut dengan UoL, mereka akan dianugerahkan dengan ijazah UoL apabila tamat pengajian masing-masing.

Rentetan isu ini, Jalil pada 11 Jun lalu dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memberikan penjelasan lanjut.

Sebagai rekod, Jalil dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB pada 1 Oktober lalu.

Di sebalik pelantikan tersebut, wujud cakap-cakap kurang senang di kalangan banyak pihak memandangkan Jalil tidak dikenali dalan kalangan korporat tempatan.

Namun pelantikan tersebut dipertahankan Pengerusi PN, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dengan berkata ia dilakukan secara ketat dan telus.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular