Wednesday, October 20, 2021
POLITIK2 Wakil Rakyat UPKO Keluar Parti, Umum Sokong PN. Kerajaan Warisan Bakal...

2 Wakil Rakyat UPKO Keluar Parti, Umum Sokong PN. Kerajaan Warisan Bakal Tumbang?

DUA wakil rakyat Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini dan mengisytiharkan sokong Perikatan Nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib bertindak menjadi ADUN bebas kerana kerajaan negeri Sabah tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri,” kata mereka dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Kedua-dua bekas pemimpin UPKO itu turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas Pilihanraya Umum ke-14, UPKO mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) yang membentuk kerajaan negeri sekarang.-SM

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular