Saturday, October 23, 2021
NASIONALTerlibat Mengupayakan Makmal Seluruh Negara Dari 6,000 Kepada Lebih 20,000 Ujian Sehari,...

Terlibat Mengupayakan Makmal Seluruh Negara Dari 6,000 Kepada Lebih 20,000 Ujian Sehari, Dr Hishamshah Wira Tidak Didendang

Pada awal PKP, Mac lalu, ramai risau dengan keupayaan Kementerian Kesihatan membuat saringan dan ujian COVID-19.

Agensi penyelidikan JP Morgan meramal akan ada 6,000 kes positif Covid19 di Malaysia pada pertengahan April lepas. Ianya jelas meleset bila Malaysia hanya catat 4,817 kes sahaja.

Dr. Rohaizat Yon

Sebelum ini, rakyat Malaysia sudah mendengar coretan kisah Dr Rohaizat dan Dr Yati, siapakah lagi wira yang terlibat dalam memastikan saringan, makmal dan aplikasi MySejahtera ketika kita menentang Covid19?

Baca Juga: WANITA INI SANGGUP TIDUR DI PEJABAT UNTUK SELARASKAN DATA YANG DIBENTANG KP KESIHATAN KEPADA MEDIA SETIAP HARI

Tahukah semua rakyat Malaysia, siapakah wira di sebalik kejayaan ini?

Di sebalik peningkatan keupayaan makmal yang diumumkan oleh KKM setiap petang ialah Dr Hishamshah Mohd Ibrahim yang menyusun gerak kerja setiap pagi bersama Menteri Kesihatan.

Dr Hishamshah Mohd Ibrahim

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) ini turut terlibat dan bersama-sama dalam usaha mengupayakan makmal di seluruh negara melakukan ujian dari 6,000 kepada lebih 20,000 ujian sehari.

Selain itu, beliau dan pasukannya juga bertanggungjawab menyiapkan aplikasi MySejahtera yang menjadi antara sokongan maklumat kepada orang ramai untuk mengelak pergi ke kawasan yang mempunyai kes berkaitan Covid-19.

Sama penting peranannya seperti Datuk Dr Rohaizat dan Dr Norhayati Rusli di KKM, Dr Hishamshah turut bersengkang mata lewat malam walau mula bertugas selepas subuh bersama Menteri Kesihatan.

Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), beliau juga merupakan peminat sukan ragbi, bolasepak dan pencinta flora. Beliau amat terkenal di kalangan warga KKM sebagai pegawai yang tabah, mudah bergaul dan berupaya membawa pasukannya menjayakan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kini beliau turut sama menjelajah seluruh negara, membawa mesej Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan supaya setiap rakyat, setiap keluarga dan ketua kampung menjadi frontliners memerangi COVID-19.

Terima kasih Dr Hishamshah Mohd Ibrahim. Anda wira kami. –Malaysia Sentral

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular