Wanita Ini Sanggup Tidur Di Pejabat Untuk Selaraskan Data Yang Dibentang KP Kesihatan Kepada Media Setiap Hari

0
4771

Setiap petang rakyat menyaksikan jumlah, perangkaan dan status kes COVID-19 tersebar.

Inilah dia pakar yang menyelaras data, operasi CPRC dan gerakan kawalan COVID-19 sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) umumkan setiap petang.

Dr. Norhayati binti Rusli

Dr. Norhayati binti Rusli ialah Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit sejak 26 November 2018.

Seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan sebelum itu Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Survelan), Bahagian Kawalan Penyakit KKM.

Bertubuh kecil, wanita mithali dan pakar penyakit berjangkit KKM Ini banyak menyumbang masa, tenaga dan fikirannya kepada usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Dia sanggup tidur di pejabat demi kesejahteraan rakyat semua dan Malaysia menang dalam memutuskan rantaian penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19.

Dia taat dan muncul di tempat dikehendaki bila-bila masa “diseru” oleh Menteri Kesihatan atau ketuanya untuk operasi kawalan penularan, memastikan CPRC Kebangsaan cekap dan berkesan 24 jam.

Pakar penyakit berjangkit ini siap siaga siang, malam, pagi petang untuk hadir taklimat, perbincangan, mesyuarat, menyenaraikan normal baharu dan menyemak SOP. Dr Yati juga tegas menasihati sesiapa sahaja jika mengesan risiko dan kemungkinan penularan penyakit baik COVID-19, denggi atau lain-lain penyakit.

Selayaknya “heroin” ini kita semua doakan kesihatan, keberkatan dan keselamatan dunia akhirat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here