Wednesday, October 20, 2021
POLITIK Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

[Video] Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari lalu, tular lewat malam tadi.

Menerusi rakaman audio tersebut, kedengaran suara mirip Presiden Bersatu itu menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai perdana menteri selain mencadangkan satu rombakan Kabinet diadakan.

“Tapi kita harap Tun akan buat rombakan Kabinet dalam tempoh sebelum Parlimen bersidang tempoh dalam seminggu ni selesaikan semua sekali,” jelas suara itu.

Suara itu turut mencadangkan Bersatu menamatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baharu ditunjangi parti berkenaan.

“…kita pikirkan soal paling besar dalam sejarah kita iaitu keluar dari PH tetapi kita masih kekal sebagai kerajaan. Kerajaan yang diketuai Bersatu. Itu paling penting,” jelas suara itu lagi.

Sementara itu, akaun YouTube Rocket TV yang mendedahkan audio tersebut mendakwa Muhyiddin sebagai pengkhianat.

Jelasnya, ia merupakan bukti jelas Muhyiddin bukan sahaja memungkiri janji untuk menyokong Dr Mahathir malah menjadi antara penggerak kepada ‘Langkah Sheraton.’

Tanggal 23 Februari lalu, satu perjumpaan ahli politik pelbagai parti telah berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya bagi membentuk gabungan kerajaan baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Perjumpaan itu juga didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir kemudian meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Februari lepas sejurus menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular