Saturday, October 23, 2021
GAYA HIDUPBeli apartment mewah di Miami, Sanchez dikatakan bakal sertai kelab milik Beckham

Beli apartment mewah di Miami, Sanchez dikatakan bakal sertai kelab milik Beckham

PENYERANG Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan telah membeli sebuah apartment di persisiran pantai berhampiran Miami.

Laman sesawang, The Real Deal mendakwa pemain yang dipinjamkan di Inter Milan itu membelanjakan hampir £2 juta (RM10 juta) untuk apartment mewah di Sunny Isles Beach.

Kediaman baharu yang dibeli di Ritz-Carlton Residences itu dikatakan hanya 30 minit dari bandar Miami.

Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan mempunyai akses penuh kepada kemudahan di dalam apartment 52 tingkat tersebut seperti private club, restoran, kolam renang, bilik spa dan gimnasium.

The Real Deal turut memberitahu pihak pemaju Ritz-Carlton enggan mengulas sebarang komen mengenai pembelian rumah oleh Alexis Sanchez.

Media di Itali telah melaporkan bahawa pembelian ruamh tersebut menguatkan lagi khabar angin untuk Sanchez menyertai kelab yang dimiliki David Beckham, Inter Miami.

Bekas pemain Arsenal itu merupakan pemain pertama yang dikaitkan dengan Inter Miami selepas mengakui dia ingin bermain di MLS pada suatu hari namun tetap ingin menghabiskan lima atau enam tahun lagi karier bola sepaknya di Eropah. – The Sun

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular