Sikap tolong-menolong dan saling menyayangi bukan sahaja terhad sesama manusia malah juga harus diterapkan kepada haiwan serta tumbuh-tumbuhan.
Demikian sikap ditonjolkan seorang pemuda yang menyelamatkan seekor anak anjing selepas kasihan melihat nasib haiwan itu dipercayai terpisah daripada keluarganya.
Mohd Ridhuan Daud, 22, berkata keadaan anjing itu yang seolah-olah hilang arah tuju menyebabkan dirinya berasa kasihan sebelum menyerahkan haiwan itu kepada seorang warga emas berbangsa Cina.
“Uncle yang jaga anjing saya sebelum ini dan uncle yang dalam video bukan orang yang sama cuma mereka kerja di restoran yang sama.
“Jadi sebab itulah saya hantar dia ke situ untuk keselamatan dan dijamin terjaga,” katanya kepada ProjekMM.
Jelas Ridhuan, ini bukan kali pertama dirinya menyelamatkan anjing yang dalam kesusahan.
Sebelum ini, anjing yang diselamatkan telah dibawa ke sebuah restoran berdekatan sebelum diserahkan kepada pekerja di situ.
Terdahulu, kisah Ridhuan menyelamatkan anak anjing tersebut menjadi tular selepas ia dimuat naik di media sosial.
Kebanyakan warga maya memuji sikap prihatin Ridhuan serta rakan-rakannya yang lain malah berharap haiwan yang diselamatkan berada dalam keadaan baik.
https://twitter.com/AtukNature/status/1255372839265472514?s=20