Saturday, October 23, 2021
GAYA HIDUP Belebat keledek gamit memori Ramadan

[Video] Belebat keledek gamit memori Ramadan

MUNGKIN ramai yang sudah terlupa mengenai manisan dipanggil belebat keledek yang cukup menggamit memori terutamanya apabila tiba Ramadan.

Sementara tengah ada masa di rumah ini, apa kata cuba buat mengikut resepi yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebooknya.

Bahan-bahannya:

200 gram keledek oren

200 gram keledek ungu

1 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan gula

4 cawan santan

1/2 sudu teh garam

Daun pisang untuk membungkus

Belebat keledek dibungkus dalam daun pisang sebelum dikukus.

Cara-caranya:

1. Keledek dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.

2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sehingga sebati.

3. Masak adunan sehingga pekat dan berkilat menggunakan api perlahan.

4. Tutp api dan masukkan keledek yang sudah direbus.

5. Sediakan daun pisang dan sendukkan aduanan belebat dan bungkuskan.

6. Kukus selama 10 minit dengan api perlahan. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

 

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular