Saturday, October 23, 2021
NASIONALPKP: Denda RM1,000, Azalina anggap timbalan menteri bernasib baik

PKP: Denda RM1,000, Azalina anggap timbalan menteri bernasib baik

Tindakan denda yang dikenakan terhadap Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat pelbagai reaksi ramai.

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pengerang yang turut memberi reaksi terhadap kes itu.

Datuk Seri Azalina Othman menerusi satu hantaran di Twitter berkata, timbalan menteri itu bernasib baik kerana tidak dikenakan denda melebihi RM2,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

“Nasib baik denda tidak lebih RM2000, kalau tidak PRK lagi,” katanya di di Twitter.

Semalam, Dr Noor Azmi dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut didenda ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular