Saturday, October 23, 2021
NASIONAL 229 Kertas Siasatan Dibuka Penularan Berita Palsu COVID-19 - Datuk Zahidi...

[Video] 229 Kertas Siasatan Dibuka Penularan Berita Palsu COVID-19 – Datuk Zahidi Zainul Abidin

229 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita palsu mengenai COVID-19 di seluruh negara setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin menegaskan, usaha mengekang penularan berita palsu giat dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM dengan kerjasama pihak polis.

Tambahnya, kementerian melalui SKMM dengan kerjasama PDRM menubuhkan jawatankuasa khas jenayah perang siber iaitu pasukan khas dikenali Respons Pantas sebagai usaha membanteras berita palsu COVID-19.

Masyarakat turut menjadikan laman portal Sebenarnya.my sebagai rujukan kesahihan berita pandemik COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#StayAtHome
#JabatanPenerangan

Sumber: Berita RTM

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular