Wednesday, October 20, 2021
NASIONAL Banjir di Sungai Kertas

[Video] Banjir di Sungai Kertas

BATU CAVES – Belum pun sampai 48 jam dilanda banjir kilat, penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sekali lagi terpaksa berdepan dengan musibah tersebut yang kembali melanda di kawasan itu.

Insiden sama dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Kertas, Kampung Sungai Tua Tambahan, Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Indian Settlement Batu Caves dan Kampung Arab di Selayang Baru.

Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak berkata, kejadian hari ini lebih teruk berbanding semalam selepas air naik sehingga 0.5 meter.

“Kami baru selesai hantar makanan kepada penduduk yang terlibat banjir kilat semalam sebelum kejadian sama berulang hari ini.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini bagi menempatkan penduduk terlibat,” katanya.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku sekitar jam 6 petang ketika hujan lebat sebelum beransur-ansur surut sejam kemudian.

“Kerja pembersihan sedang dilakukan penduduk selepas air mulai surut kira-kira jam 7 petang tadi (26 Mac 2020,” katanya.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular