Wednesday, October 20, 2021
NASIONAL Warga Asing Bela Kambing Di Dalam Rumah

[Video] Warga Asing Bela Kambing Di Dalam Rumah

Sejak semalam tular di media sosial suasana di dalam rumah yang dipercayai disewa oleh pekerja pelarian rohingnya yang membela kambing di dalam salah satu unit kediaman di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur yang kini diletakkan di bawah kawasan perintah pergerakan yang diperketatkan

Pendedahan itu dibuat apabila penduduk di sana sudah  sudah tidak tahan lagi dengan bunyi bising dan bau yang kurang menyenangkan lalu beberapa warga tempatan dilihat menerjah ke sebuah rumah yang dihuni oleh sekeluarga rohingya itu

Dalam rakaman itu wanita yang seakan tidak boleh berbahasa bahasa Malaysia itu seperti teragak-agak untuk menjawab soalan individu lelaki berkenaan dan beliau terpaksa meniru bunyi kambing untuk memberikan gambaran kepada wanita terbabit.

“Abang mana?”

“Kambing ada berapa ekor?”,

“Itu mbekkk mbekkk?” tanya lelaki itu lagi sambil wanita tersebut menunjukkan isyarat tangan seperti telah menghantar kambing yang sebelum ini pelihara dalam rumah mereka ketempat lain.

Seakan tidak mempercayai wanita tersebut, lelaki itu kemudian meminta izin untuk masuk kedalam rumah bersama seorang lagi rakan untuk meninjau.

Agak mengejutkan apabila kelihatan najis kambing bertaburan di bahagian penjuru rumahnya.

“Ini macam sakit boleh mari tau. You punya pasal semua orang boleh sakit tau. Sekarang macam-macam virus ada. You punya pasal satu flat sudah kena sakit”,  kata individu itu.

Kejadian yang dirakamkan itu dipercayai berlaku di Flat Sri Murni, Selayang yang kini dalam tempoh kawalan diperketat sehingga 3 Mei ini.

 

 

 

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular