Thursday, October 21, 2021
NASIONALRakyat Malaysia Tidak Berpuas Hati Dengan Tuntutan Persatuan Rohingya

Rakyat Malaysia Tidak Berpuas Hati Dengan Tuntutan Persatuan Rohingya

Sejak beberapa hari ini, timbul isu sehingga menyebabkan perbincangan bersama dalam kalangan rakyat Malaysia tentang pendatang asing tanpa izin dari Rohingya yang juga ada sesetengahnya hadir ke Malaysia sebagai pelarian.

Kontroversi terjadi apabila tular berita tentang sebuah bot yang membawa pelarian Rohingya didakwa tidak dibenarkan berlabuh dan masuk ke negara ini ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Baru-baru ini, sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan berjaya menyekat percubaan sebuah bot yang membawa 200 orang pendatang Rohingya di lokasi 70 batu nautika dari barat Pulau Langkawi.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan, pihaknya bimbang kumpulan berkenaan akan membawa masuk kluster baru penyakit berkenaan ke negara ini.

Bagaimanapun, anak kapal KD Lekiu dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan pendatang berkenaan dan mengiringi bot mereka keluar dari perairan Malaysia.

Selepas itu, ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Majilis Rohingya Malaysia mempertikai keputusan Malaysia tidak menerima kehadiran pendatang berkenaan yang dikatakan sebagai pelarian.

Turut menjadi kontroversi ialah tuntutan Presiden sebuah agensi berkaitan etnik Rohingya MERHROM Zafar Ahmad yang dikatakan melampau dan mendesak kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan langkah ini oleh sebuah majlis yang dikatakan memperjuangkan nasib etnik berkenaan tetapi mereka nampaknya tidak mempunyai adab apabila berada di negara lain.

Di Facebook ada netizen yang pernah melihat orang-orang dari Rohingya pernah berkumpul di ibu negara dan mereka menuntut pelbagai perkara tetapi mereka melakukannya dengan cara yang tidak beradab sehingga membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.

Ada yang berharap kerajaan Malaysia tidak memberikan hak kerakyatan kepada etinik Rohingya kerana perlakuan mereka yang tidak sesuai dan tidak diterima di negara ini.

Kerajaan tidak menerima kehadiran bot berkenaan kerana negara sedang dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit berkenaan.

Malaysia sentiasa mengambil berat dan prihatin atas nasib yang menimpa orang Rohingya di Myanmar. Sebelum ini, Malaysia mengadakan perhimpunan solidariti bersama masyarakat mereka di ibu negara.

Negara ini mengambil inisiatif untuk membina sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian di Cox’s Bazar untuk menempatkan etnik Rohingya di sana. – TRI

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular