Thursday, October 21, 2021
GAYA HIDUPMPM Sedia Bantu Atlet Paralimpik Hadapi Ramadan - Datuk Seri Megat Shahriman

MPM Sedia Bantu Atlet Paralimpik Hadapi Ramadan – Datuk Seri Megat Shahriman

Menyedari kekangan yang kini dihadapi Altlet kurang upaya, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) melancarkan Projek Sokongan Atlet Para COVID-19 bagi meringankan beban atlet dalam memenuhi persiapan menyambut ketibaan Ramadan dan juga Aildilfitri.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata menerusi kempen berkenaan, MPM akan menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas kepada atlet para dan ahli keluarga mereka di sepanjang bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka mengharungi situasi sukar disebabkan pandemik merbahaya.

Beliau yang turut mengalu-alukan sokongan daripada syarikat korporat serta individu itu turut mengajak semua rakyat untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada barisan atlet para negara baik daripada sudut kewangan mahupun barangan

“Projek ini secara rasminya dilancarkan mulai hari ini ini hingga berakhir bulan Ramadan dan bagi pihak yang berhasrat memberikan sumbangan boleh menghubungi MPM.

“Untuk yang menderma wang boleh e-mel slip transaksi bank pengeluaran resit bagi mendapatkan pengecualian cukai dan untuk barangan juga sila lampirkan resit pembelian barangan berkenaan untuk diambil tindakan lanjut.

“Ini adalah satu lagi inisiatif terbaru daripada MPM dan diharap dengan sumbangan ini dapat membantu atlet para menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya lagi

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai aktiviti sumbangan giat dijalankan syarikat korporat dan individu yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

MPM sendiri turut menyediakan bantuan kepada atlet para dan keluarga mereka.

Sehingga hari ini, MPM sudah mengagihkan bantuan kepada atlet-atlet para yang meliputi dua fasa – fasa pertama adalah pengagihan Kit Kesihatan pada 7 April lalu diikuti fasa kedua penyerahan barangan keperluan asas kepada atlet pembangunan para (21 April lalu). TRI

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular