Thursday, October 21, 2021
NASIONALKerajaan Sedia Timbang Benar 100,000 Pelajar IPT Balik Kampung

Kerajaan Sedia Timbang Benar 100,000 Pelajar IPT Balik Kampung

Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membenarkan kira-kira 100,000 pelajar universiti di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing namun ia tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan pulang yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak mahu pelajar tersebut pulang serentak dan akan memastikan mereka mendapakan saringan kesihatan sebelum pulang ke rumah.

“Itu perkara yang kita lihat dan minta supaya rundingan diadakan di antara Kementeran Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat lihat bagaimana nak bantu pelajar pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini ada ibu bapa kepada pelajar terbabit merayu agar kerajaan membenarkan anak mereka yang menuntut di seluruh institusi pengajian tinggi untuk dibenarkan pulang ke kampung, apatah lagi bulan puasa hampir tiba.

Namun terdapat banyak perbalahan di internet berkaitan isu berkenaan kerana ada yang berpendapat pelajar terbabit perlu kekal di asrama mereka bagi mengelakkan penyebaran covid-19.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular