Saturday, October 23, 2021
NASIONALPusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong Selayang lokasi PKPD Terbaru

Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong Selayang lokasi PKPD Terbaru

Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (Pasar Borong Selayang) menjadi lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa serta merta sehingga 3 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD keenam itu melibatkan lapan parcel atau kawasan perumahan yang telah dikenalpasti.

Ismail Sabri bagaimanapun menjelaskan, operasi pasar dan kegiatan perniagaan di Pasar Borong Selayang dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“PKPD ke-6 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak koronavirus Covid-19. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di sini hari ini.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular