Wednesday, October 20, 2021
NASIONALExco Perak, Razman Zakaria Mohon Maaf Hadir Jamuan Ketika PKP

Exco Perak, Razman Zakaria Mohon Maaf Hadir Jamuan Ketika PKP

Exco Perak, Razman Zakaria, hari ini memohon maaf secara terbuka atas kekhilafannya selepas gambar beliau menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri dan beberapa orang yang lain di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Jumaat lalu, tular di media sosial.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil itu berkata, pencerahan yang diberikan itu bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu frontliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontlines terutama kepada petugas kesihatan.

“Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, tular di media sosial gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan seorang timbalan menteri hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 sedang dilaksanakan.

Pada Sabtu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan mengambil keterangan seorang Exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Dalam pada itu,Razman berkata, dalam setiap tindakan, pihaknya menitik berat Standard Operasi Prosedur (SOP) dan jika ada yang melanggar SOP itu maka tindakan untuk mengatasinya akan diambil.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular