Saturday, October 23, 2021
NASIONALCOVID-19 : Pakar Perubatan China Datang Atas Usaha Menteri Kesihatan Malaysia

COVID-19 : Pakar Perubatan China Datang Atas Usaha Menteri Kesihatan Malaysia

Sejurus tiba, mereka bergambar di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mereka bergambar dengan membawa kain rentang tertulis “Anti-Covid19 Medical Consultant Expert Team From China to Malaysia” kemudian diikuti satu peribahasa Melayu iaitu “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.

Para delegasi dari China juga melaungkan kata-kata “Terus melawan, Malaysia” sebagai sokongan kepada negara ini yang terus kuat menentang penularan wabak Covid-19.

Pasukan perubatan dari China turut membawa peralatan khusus untuk membantu kerja mereka sepanjang berada di Malaysia selama dua minggu.

Pasukan perubatan ini dibawa ke Malaysia oleh Dr Adham untuk membantu Malaysia dalam menangani jangkitan wabak ini yang kini sudah menjadi krisis global di seluruh dunia.

Kesemua mereka akan berada di negara ini selama dua minggu. Mereka juga sudah mengadakan perbincangan yang baik sebelum ini dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka akan berkongsi pengalaman negara China dari aspek membuat diagnosis dan rawatan termasuk langkah pengawalan serta pencegahan,” menurut jurucakap delegasi berkenaan.

Menurut Ketua delegasi berkenaan Dr Li Jun, mereka akan menggunakan masa ketika mereka berada di sini untuk membantu Malaysia.

Pasukan perubatan dari China mungkin akan pergi ke Sabah dan Sarawak ketika mereka berada di sini.

Malaysia kini sedang dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April ini untuk berusaha memutuskan rantaian jangkitan penyakit berkenaan. – TRI

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular