Saturday, October 23, 2021
NASIONALAdham Baba: `Ya Saya Tersalah Sebut 500 Negara, Sepatutnya 500 wakil'

Adham Baba: `Ya Saya Tersalah Sebut 500 Negara, Sepatutnya 500 wakil’

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba, menjelaskan beliau telah tersalah sebut 500 negara, sedangkan ia sepatutnya 500 wakil ketika membincangkan mengenai Covid-19 menerusi telesidang antara beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disiarkan secara langsung di laman Facebook zahidhamidi.fanpage.

“Google tidak salah. Ya saya tersalah sebut 500 negara sepatutnya 500 wakil negara. Jika saya salah, saudara kena bantu perbetulkan itupun jika saudara mahu melihat pentadbiran kerajaan menjadikan negara ini lebih baik,” katanya .

Beliau menulis mengenai penerangan berkenaan dalam instagramnya, ketika menjawab soalan yang ditanya oleh Muhammad.putraaa.

Dr. Adham semasa mengadakan telesiang video berkenaan pada Sabtu, mengatakan bahawa beliau telah mengadakan telesidang video Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan ‘500 negara’.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular