Thursday, October 21, 2021
NASIONALBoleh Pasang Internet Waktu PKP - Ismail Sabri

Boleh Pasang Internet Waktu PKP – Ismail Sabri

Bagi memastikan rakyat terus menerima informasi tepat dan berterusan Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa-3 ini.

Di dalam sidang media harian, Menteri kanan ( Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keperluan Internet dan sebagainya merupakan keperluan asas hari ini. Ia juga sama dengan elektrik yang tiba-tiba putus. Kita selama ini membenarkan perkara ini beroperasi.

“Contohnya melibatkan Telekom, kita benarkan kerana ia tiada isu dan ia melibatkan keperluan harian rakyat di negara ini”

Namun tambah Datuk Seri Ismail Sabri lagi sebelum pemasangan dilakukan di rumah pelanggan, syarikat penyediaan perkhidmatan itu perlu memaklumkan kepada polis sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Ditanya mengenai kemungkinan ada majikan yang memaksa pekerjanya kembali bekerja sewaktu PKP, Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata tindakan mungkin boleh diambil terhadap majikan tersebut bergantung kepada undang-undang yang bersesuaian.

“Majikan ini yang sebenarnya langgar PKP kerana paksa pekerja pulang bekerja walaupun dia tahu perjalanan merentasi sempadan ini tidak dibenarkan.

“Kalau ini berlaku, saya percaya, ia akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Manusia untuk ambil tindakan kepada majikan mengikut undang-undang yang ada,” katanya.

Mengulas mengenai status kuarantin melibatkan pekerja di luar pesisir pantai, Ismail Sabri berkata kumpulan tersebut juga perlu dikuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang telah ditetapkan dan yang berdekatan.

“Semua yang masuk ke negara kita akan dikuarantin. Sama ada dari laut, udara, darat sekalipun akan dikuarantin. Kalau di Singapura, melalui jalan darat kita kuarantin, polisi kita, sesiapa sahaja yang pulang akan dikuarantin,” tambahnya.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular