Wednesday, October 20, 2021
NASIONALYayasan Hydrocephalus Negara Lancar Kutipan Bantu Pesakit Hadapi Covid 19

Yayasan Hydrocephalus Negara Lancar Kutipan Bantu Pesakit Hadapi Covid 19

Yayasan Hydrocephalus Negara (YHN) yang terlibat secara langsung dengan pesakit Hydrocephalus, kini melancarkan kutipan bagi mengutip dana untuk penyediaan alatan perubatan,  susu formula dan makanan kepada pesakit yang masih terlantar di hospital.

Hydrocephalus atau penyakit kepala besar berlaku akibat pengumpulan cecair otak (Cerebro Spinal Fluid) yang berlebihan.

Menurut jurucakap yayasan berkenaan, dana itu untuk membantu pesakit Hydrocephalus dan kanak-kanak dalam menghadapi wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia.

“Bantuan boleh disalurkan pada akaun rasmi Yayasan Hydrocephalus Negara, di nombor akaun  21444600058981 (RHB BANK).

“Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Iman : 017-3232567, Amsyar : 016-2067700
dan Hisyam : 013-3129977,” katanya dalam satu kenyataan.

YHN ditubuhkan bagi memberi perhatian khusus kepada pesakit hidrosefalus dan ahli keluarga pesakit dari aspek bantuan melalui bimbingan dan khidmat nasihat, kaunseling, rawatan dan kos perubatan serta bantuan-bantuan lain.

Ia juga menjadi pemudah cara kepada agensi berkaitan yang terlibat dengan pesakit hidrosefalus dan akan bekerjasama erat dengan NGO atau persatuan yang turut terlibat dengan program sebegini demi mencapai matlamat bersama.

Baru-baru ini, Yayasan Hydrocephalus Negara dengan kerjasama Cloverush, telah menyerahkan tudung khas untuk kegunaan jururawat dan doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sumbangan diserahkan oleh pengasas yayasan berkenaan, Datuk Seri Megat D. Shariman kepada kakitangan hospital. Ia bagi menghargai tenaga dan bakti seluruh kakitangan hospital yang bertungkus lumus bagi memastikan rakyat sihat dan selamat.

Selain tudung, bantuan berupa makanan asas harian serta susu formula turut disumbangkan kepada pesakit yang memerlukan.

Selain itu, menyedari akan kesukaran ramai akibat wabak covid 19 ini, bantuan keperluan asas telah diserahkan kepada keluarga asnaf yang menetap di Sungai Udang, Klang.

 

 

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular