Saturday, October 23, 2021
UncategorizedUjian Kafa bagi tahun 2020 Dibatalkan

Ujian Kafa bagi tahun 2020 Dibatalkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dibatalkan sejajar keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Selaras dengan keputusan KPM tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat keputusan pembukaan sesi persekolahan Kafa di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM.

 

“Dalam masa yang sama, pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada 28 Sept hingga 1 Okt 2020 di seluruh negara dibatalkan. Keputusan ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid terjamin,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan pelajar selepas mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) bermula tahun 1 hingga 6 di peringkat rendah.

Katanya, prestasi pelajar boleh dinilai menggunakan pelbagai kaedah.

“Bagi tujuan ini, Jakim akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baru bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.”

Pada 15 April lalu, Putrajaya mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan, manakala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditunda ke suku pertama 2021.

Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, pembukaan semula sesi persekolahan hanya akan dibuat apabila kerajaan benar-benar yakin keadaan kembali pulih.

Susulan itu, beliau dilapor menyarankan semua Majlis Agama Negeri membatalkan Ujian Kafa selaras keputusan KPM membatalkan UPSR.

Katanya, KPM sudah berbincang dengan semua Majlis Agama Negeri mengenai pembatalan peperiksaan itu dengan mengambil kira keselamatan murid.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular