Saturday, October 23, 2021
NASIONALPasukan Keselamatan Negara "Frontliner" Utama Perangi Covid-19

Pasukan Keselamatan Negara “Frontliner” Utama Perangi Covid-19

Selain doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang bekerja siang malam berdepan jangkitan wabak Covid-19, barisan pasukan keselamatan negara iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah mereka berada di barisan hadapan untuk pastikan matlamat rantaian jangkitan dapat diputuskan.

Sejak 18 Mac lepas, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan orang ramai kekal duduk di rumah untuk memutuskan sama sekali jangkitan wabak berkenaan.

Sehingga hari ini ia telah dilanjutkan sebanyak tiga kali selama 14 hari dan lanjutan kali ketiga akan berakhir pada 28 April. Sepanjang tempoh itu, di televisyen dan media sosial tidak henti-henti memaparkan bagaimana petugas keselamatan polis dan askar bertugas tidak kira panas dan hujan.

Di media sosial, banyak dipaparkan bagaimana anggota tentera dan polis terpaksa berdiri lama memeriksa beribu-ribu kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk memeriksa siapa yang ingkar PKP untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Saman tetap saman

Saman tetap saman

Gepostet von Sukan Star TV – sstv.my am Mittwoch, 15. April 2020

Ada juga video dan hantaran di media sosial yang menunjukkan tindakan biadab mereka yang ingkar sehingga sanggup memaki hamun pihak berkuasa tetapi untuk saudara kita anggota polis dan askar tetap cekal dan terus dedikasi menjalankan tugas walaupun di bawah terik mentari dan embun malam.

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah pun memaklumkan bahawa pelaksanaan PKP bukan untuk membebankan rakyat tetapi bertujuan untuk memutuskan jangkitan serta kewujudkan kluster baru ekoran orang ramai berkumpul beramai-ramai serta tidak menjaga penjarakan sosial.

Dato’ Sri Megat D Shahriman Zaharudin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia menunjukkan bekalan makanan dan minuman yang disumbangkan kepada pihak PDRM Kontinjen Selangor.

Tugas yang dijalankan oleh para askar dan polis kita amat hebat kerana mereka berdepan ribuan kenderaan setiap hari dan meronda di segenap kawasan di dalam negara untuk memastikan orang ramai mematuhi PKP yang dilaksanakan.

Walaupun berdepan adakah tempoh PKP akan dilanjutkan lagi dan sampai bila, askar dan polis negara ini tetap komited melaksanakan tugas menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 pada waktu ini. TRI

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular