Saturday, October 23, 2021
NASIONALCovid-19: Hulu Selangor catat 47 kes, zon merah naik lagi

Covid-19: Hulu Selangor catat 47 kes, zon merah naik lagi

    • KKM menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah apabila mempunyai lebih 40 kes
    • Lima daerah lain dalam kategori zon merah: Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Zon merah di Selangor bertambah satu lagi selepas daerah Hulu Selangor mencatatkan 47 kes Covid-19.

Lima daerah lain yang dikategorikan zon merah ialah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Menurut data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Jabatan Kesihatan Selangor, sebanyak 59 kes baharu dilaporkan di negeri ini, sebahagian besarnya di Hulu Langat.

Selangor mencatatkan 1,125 kes dengan pecahan Hulu Langat (373 kes), Petaling (325), Klang (144), Gombak (119), Sepang (49), Hulu Selangor (47), Kuala Selangor (27), Kuala Langat (25) dan Sabak Bernam (16).

Sebanyak lapan kematian direkodkan sehingga kini.

Kawasan Sungai Lui di Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 30 Mac lalu susulan banyak kes di sebuah maahad tahfiz.

Selain kawasan tersebut, kerajaan juga menguatkuasakan PKPD di Simpang Renggam, Johor mulai 27 Mac lalu, Menara City One, Kuala Lumpur bermula 31 Mac lalu serta Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 7 April lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah apabila mempunyai lebih 40 kes sementara zon jingga pula 20 hingga 40 kes. Tiada atau bawah 20 kes dianggap zon hijau.

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular